Monday, June 28, 2010

Rejab 1431H

Salam,
Hamdan lillah, salaman 'ala Muhammad.
Dua minggu ni adalah minggu yang merehatkan, Alhamdulillah...rasa cam nak bawak darlings ku berjalan-jalan saja, tapi ke mana ya?

Maryam memang suka sangatla bab jalan-jalan ni..nantilah Ata fikirkan.
Alhamdulillah dah masuk bulan Rejab, insya Allah tak lama lagi Syaaban dan kemudian Ramadhan! Mudah-mudahan dipanjangkan usia kita untuk bersua dengan Syaaban dan Ramadhan, Amin.

Hari ini juga cukup istimewa, ulangtahun ke-5 pernikahanku dengan Siti Aishah Azmi, 15 Rejab 1426H...nanti 20 Ogos sambut sekali lagi hehehe. Salam Ulangtahun Perkahwinan Sayang...

Ya Allah,
Kami memohon padaMu, apa kiranya Engkau lembutkanlah hati-hati kami dalam mentaati segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu...Engkau berkatilah rumahtangga kami dengan kebaikan demi kebaikan di dunia dan di akhirat.
Engkau peliharalah kasih sayang kami dalam keberkatan dan kebajikan agama, moga-moga kami diredhai dan dirahmati.

Amin, ya rabbal 'Alamin...
Wallahua'lam


"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan"Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu'ab (3/37/3810) dan Ibnu Abi al-Dunya di dalam Mujab al-Da'wah.

Monday, May 31, 2010

Coret-coret


Salam...


Wah wah wah...apa sudah jadi En Khairul Razmi...hehehe dua bulan lebih tak buka blog.

Alasan- standard: busy!

Apa-apa pun life has to go on. Sekarang ni busy dgn preparation adik ipar nak kawin oghe Kelate. Moga selamat semuanya, insya Allah.
Biasala life- meriah dengan Maryam yang dah ke sekolah..thanks Isteriku sayang yang banyak membantu meringankan urusan di rumah..:)
Uzai pula Alhamdulillah makin rancak cabarannya tapi insya Allah pasti ada hikmahnya, semoga Allah memberkati segala usaha, insya Allah...

Menghitung hari meniti Rejab.................bestnya, semoga panjang umur kita semua untuk bersua dengan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Amin dan bertemu dengan Syawal....

Teringat tarawih di Masjid Bayan Baru, sekarang dah pindah ke seberang kurangla peluang ke sana sebab jauh...
Ya Allah mudah-mudahan kami menjadi hamba-Mu yang taat perintahMu dan meninggalkan laranganMu, Amin...
Wallahua'lam

Tuesday, March 23, 2010

Berbulan-bulan tak blog!

Salam,

Apa yang telah terjadi padaku? (hehe cam misteri pulak...)
July'09: Sibuk memutuskan sama ada terus bersama OEM atau CM dan akhirnyaaaaaaaa...
Aug'09: Akhirnya memutuskan untuk bersama CM. Happy Bday isteriku Sayang, Hpy Bday Adik, Happy Bday Abah
Sept'09: Ramadhan disambut, macam tak puas, semoga panjang umur untuk bertemu dengan Ramadhan 2010
Oct'09: Syawal disambut, mula aktif memikirkan tentang beli property...mudah.my
Nov'09: Memutuskan untuk discuss dgn wife rumah di Sukun Indah, at the same time considering offer utk start small biz
Dec'09: Sibuk dgn urusan rumah, decide ganti Kancil, dah banyak problem-risau safety plak. Decide join Uzai, sibuk dgn urusan biz start-up. Masuk sem-II..argh
Jan'10: Alhamdulillah Uzai mula ada staf, pindah masuk rumah, assignment mula memeriahkan hidupku, arghh. Happy Bday Mak!
Feb'10: Everything starts to be in place, follow up reno rumah, assignment, case studies bla bla, arghhhh. Maryam demam 3 hari, Alhamdulillah cepat sembuhnya, dia plak enjoy dok hospital, thanks Sayangku Siti Aishah..
Mar'10: Kepala rasa best saja hehe beratttt, banyak benda pk, life has to go on! Hpy Bday Mama..Syukur Maryam dah sembuh dmam sat..

Pergh several months summary in a paragraph, Alhamdulillah ingat lagi password blog. OKlah blogku, janji akan ku update lagi.

Ya Allah, semoga kami sentiasa mengingatiMu..
Amin

Saturday, July 4, 2009

Riadah dengan family



Salam,
Alhamdulillah sempat luangkan masa riadah dengan family. Sebenarnya plan ringkas ini adalah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ke-4 yg sepatutnya disambut 20 Ogos nanti. Memandangkan masa tu nanti aku dah mula kuliah so diawalkanla sedikit, ok kan?
a) Visit to Penang Hill- not bad, walaupun aku ni org Penang, first time mai Penang Hill hehehe.
b) Pastu check in hotel di Batu Feringgi, rehat kat sana semalam, santai kat pantai.
Maryam pun seronok sakan main kat swimming pool
sampai takmau keluar...Apa pun a very relaxing break
from day to day hectic schedule..

Sabda Rasulullah S.A.W:
Orang mukmin yang paling sempurna adalah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya
(Riwayat Abu Daud)
Wallahua'lam

Monday, June 15, 2009

Riadah- Picnic 6 Jun'09

Salam,

Sempat pi Batu Ferringghi last week- obviously yang paling seronok tentulah Maryam! Kami sampai ke lokasi dalam 7.40 am, baru ada satu family kat situ. So Maryam puas main air sampai tak mau berhenti...makan pagi-burger, nasi goreng, fries dan air masak- ringkas, mengenyangkan dan yang penting sihat dan jimat!


Pastu kami singgah Masjid Terapung Tanjung Bunga sebelum ke Kebun Bunga (Botanical Garden)- ada Pesta Bunga dan kebetulan Green Day anjuran The Star. Hmm memang relaxing haritu..cuma surprisingly dah takde monyet kat Botanical Garden! On the way balik singgah rumah Tok Ata dan Nani untuk Maryam main dan rehat, hmm semua terlena sebab letih picnic.


Wallahua'lam

Snippets...sebulan tak blog

Salam,

Alhamdulillah, sebulan rupanya aku tak blog. Sibuk kot (hehe).
Banyak yang berlaku, sama ada pada diriku atau persekitaranku.
22-25 Mei Maryam demam, masuk hospital- Ummi dia jaga. Thanks Sayang..

Alhamdulillah Allah uji sikit dengan anakku demam tapi percayalah banyak hikmahnya:
a) Aku rasa bersyukur pada Allah kerana hanya diuji dengan anak demam. Ramai lagi yang Allah uji dengan dugaan yang lebih besar.
b) Aku makin sayang pada anak dan isteriku, berada di wad memberi peluang aku refresh dalam mindaku tentang tanggungjawabku sebagai bapa
c) Aku terharu dengan pengorbanan isteriku sebagai seorang ibu dan isteri, thanks Ayang.

Dan bulan ni banyak lagi yang berlaku, aku kena update, sayang kalau tak update.

Ya Allah, peliharalah kerukunan rumahtangga kami dalam liputan kehendak dan redha-Mu.
Sihatkan kami sekeluarga serta ibu bapa kami serta seluruh ahli keluarga kami dalam keberkatan-Mu jua, Amin...

DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Rasulullah SAW. Katanya : “Berilah wasiat kepadaku.” Sabda Rasulullah SAW : “Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah SAW tetap bersabda : Janganlah engkau marah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Wallahua'alam

Wednesday, April 22, 2009

Arghh sunyinya....

Salam,

Alhamdulillah boleh blog harini. Tengah sibuk sikit ada projek ni tapi tetiba aku teringat nak blogging sat. Projek apa? Adalah hehehehe..

Arghh rindunya pada isteri dan anakku. Itulah bila orang yang kita sayang ada di depan mata kita kena hargai. Sebab bila diorang jauh barulah tau erti rindu. Eh apa aku melalut ni. Mana ada melalut, betullah...eheh.

Rindu rindu. Moga dua buah hati aku ni sihat dan dilindungi Allah selalu insya Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah S.A.W mencium Hasan bin Ali. Ketika itu di sampingnya duduk Aqra' bin Habis. Al-Aqra' berkata: Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium. Rasulullah S.A.W memandang kepadanya, kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi" (Bukhari)
Ya Allah, irhamna Ya Allah........
Wallahua'lam