Monday, June 28, 2010

Rejab 1431H

Salam,
Hamdan lillah, salaman 'ala Muhammad.
Dua minggu ni adalah minggu yang merehatkan, Alhamdulillah...rasa cam nak bawak darlings ku berjalan-jalan saja, tapi ke mana ya?

Maryam memang suka sangatla bab jalan-jalan ni..nantilah Ata fikirkan.
Alhamdulillah dah masuk bulan Rejab, insya Allah tak lama lagi Syaaban dan kemudian Ramadhan! Mudah-mudahan dipanjangkan usia kita untuk bersua dengan Syaaban dan Ramadhan, Amin.

Hari ini juga cukup istimewa, ulangtahun ke-5 pernikahanku dengan Siti Aishah Azmi, 15 Rejab 1426H...nanti 20 Ogos sambut sekali lagi hehehe. Salam Ulangtahun Perkahwinan Sayang...

Ya Allah,
Kami memohon padaMu, apa kiranya Engkau lembutkanlah hati-hati kami dalam mentaati segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu...Engkau berkatilah rumahtangga kami dengan kebaikan demi kebaikan di dunia dan di akhirat.
Engkau peliharalah kasih sayang kami dalam keberkatan dan kebajikan agama, moga-moga kami diredhai dan dirahmati.

Amin, ya rabbal 'Alamin...
Wallahua'lam


"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan"Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu'ab (3/37/3810) dan Ibnu Abi al-Dunya di dalam Mujab al-Da'wah.