Saturday, July 4, 2009

Riadah dengan family



Salam,
Alhamdulillah sempat luangkan masa riadah dengan family. Sebenarnya plan ringkas ini adalah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan ke-4 yg sepatutnya disambut 20 Ogos nanti. Memandangkan masa tu nanti aku dah mula kuliah so diawalkanla sedikit, ok kan?
a) Visit to Penang Hill- not bad, walaupun aku ni org Penang, first time mai Penang Hill hehehe.
b) Pastu check in hotel di Batu Feringgi, rehat kat sana semalam, santai kat pantai.
Maryam pun seronok sakan main kat swimming pool
sampai takmau keluar...Apa pun a very relaxing break
from day to day hectic schedule..

Sabda Rasulullah S.A.W:
Orang mukmin yang paling sempurna adalah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya
(Riwayat Abu Daud)
Wallahua'lam

Monday, June 15, 2009

Riadah- Picnic 6 Jun'09

Salam,

Sempat pi Batu Ferringghi last week- obviously yang paling seronok tentulah Maryam! Kami sampai ke lokasi dalam 7.40 am, baru ada satu family kat situ. So Maryam puas main air sampai tak mau berhenti...makan pagi-burger, nasi goreng, fries dan air masak- ringkas, mengenyangkan dan yang penting sihat dan jimat!


Pastu kami singgah Masjid Terapung Tanjung Bunga sebelum ke Kebun Bunga (Botanical Garden)- ada Pesta Bunga dan kebetulan Green Day anjuran The Star. Hmm memang relaxing haritu..cuma surprisingly dah takde monyet kat Botanical Garden! On the way balik singgah rumah Tok Ata dan Nani untuk Maryam main dan rehat, hmm semua terlena sebab letih picnic.


Wallahua'lam

Snippets...sebulan tak blog

Salam,

Alhamdulillah, sebulan rupanya aku tak blog. Sibuk kot (hehe).
Banyak yang berlaku, sama ada pada diriku atau persekitaranku.
22-25 Mei Maryam demam, masuk hospital- Ummi dia jaga. Thanks Sayang..

Alhamdulillah Allah uji sikit dengan anakku demam tapi percayalah banyak hikmahnya:
a) Aku rasa bersyukur pada Allah kerana hanya diuji dengan anak demam. Ramai lagi yang Allah uji dengan dugaan yang lebih besar.
b) Aku makin sayang pada anak dan isteriku, berada di wad memberi peluang aku refresh dalam mindaku tentang tanggungjawabku sebagai bapa
c) Aku terharu dengan pengorbanan isteriku sebagai seorang ibu dan isteri, thanks Ayang.

Dan bulan ni banyak lagi yang berlaku, aku kena update, sayang kalau tak update.

Ya Allah, peliharalah kerukunan rumahtangga kami dalam liputan kehendak dan redha-Mu.
Sihatkan kami sekeluarga serta ibu bapa kami serta seluruh ahli keluarga kami dalam keberkatan-Mu jua, Amin...

DIRIWAYATKAN daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Rasulullah SAW. Katanya : “Berilah wasiat kepadaku.” Sabda Rasulullah SAW : “Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah SAW tetap bersabda : Janganlah engkau marah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Wallahua'alam

Wednesday, April 22, 2009

Arghh sunyinya....

Salam,

Alhamdulillah boleh blog harini. Tengah sibuk sikit ada projek ni tapi tetiba aku teringat nak blogging sat. Projek apa? Adalah hehehehe..

Arghh rindunya pada isteri dan anakku. Itulah bila orang yang kita sayang ada di depan mata kita kena hargai. Sebab bila diorang jauh barulah tau erti rindu. Eh apa aku melalut ni. Mana ada melalut, betullah...eheh.

Rindu rindu. Moga dua buah hati aku ni sihat dan dilindungi Allah selalu insya Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah S.A.W mencium Hasan bin Ali. Ketika itu di sampingnya duduk Aqra' bin Habis. Al-Aqra' berkata: Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium. Rasulullah S.A.W memandang kepadanya, kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi" (Bukhari)
Ya Allah, irhamna Ya Allah........
Wallahua'lam

Tuesday, April 21, 2009

Happy Birthday Ata

Salam

Alhamdulillah.
Salam Hari Lahir buat ayahanda tercinta, Ata (terlewat sehari- 20 April).
Semoga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan usaha dalam keberkatanNya insya Allah.
Ketabahanmu, pengorbananmu dan kasih sayangmu kukenang ke akhir hayat.

Surah Al-Isra' Ayat 24:

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

Wallahua'lam

Lamanya tak blog

Salam,

Alhamdulillah. Wah 3 minggu tak blog.
Banyak yang jadi cuma tak sempat nak masuk sini.
OK kasi snippets la:
a) Announcement terbaru Agilent Technologies- Wah WFM/Outsourced dan VSS. Semua masih menanti final decision..berdebar....semoga Allah permudahkan dan yang pastinya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
b) Isteri gi kursus induksi- alahai sunyinya rumah, wife pi Melaka, anak kat Alor Setar.
c) Projek baru- emm dalam proses perbincangan dengan rakan kongsi hehehe macam bisnes besar plak

Oklah nanti tulis lagi. At least I write something today!

Surah Al-Mulk, Ayat 1-2:

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Wallahua'lam

Tuesday, March 31, 2009

R.A.H.M.A.N menjadi kenyataan?

Salam,

Alhamdulillah, dapat blog malam ni.
Perhimpunan UMNO dah melabuhkan tirai dengan pelbagai drama- pemilihan kepimpinan UMNO yang baru, iltizam Presiden UMNO yang baru dan tumpuan kepada peralihan kuasa daripada DSAAB kepada DSNTR, khabarnya Jumaat ini, 3 April. Yang pastinya kemarahan dan kekecewaan ramai dengan kemenangan KJ (Hampes!).

Apa pun aku mendoakan semoga saf kepimpinan baru sentiasa mendapat (dan mencari) hidayah Allah, Amin.

Teringat aku teori RAHMAN yang popular satu ketika dulu:
R: Tunku Abdul Rahman
A: Tun Abdul Razak
H: Tun Hussein Onn
M: Tun Dr Mahathir Mohamad
A: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (dulu ada menjangka Anwar Ibrahim)
N: Dato Seri Najib Tun Razak???

Jika sempurna peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib, lengkaplah teori ini.
Seterusnya, rakyat berdebar menantikan pengumuman saf kabinet baru Najib. Semoga saf yang dipilih lebih bersih insya Allah.

Teringat firman Allah:
26. Katakanlah: Wahai Rabb Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari orang yang engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. 3:26)
Surah Ali Imran, Ayat 26

Wallahua'lam

Monday, March 23, 2009

Melayu dan Malaysia

Salam,

Alhamdulillah, ada kesempatan singkat untuk berblog. Tiga topik utama yang menarik perhatian aku minggu lalu berkaitan Melayu:
1) TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang- pembentukan kerajaan campuran / perpaduan serta polemiknya. Perencanaan kesatuan Melayu Islam di bawah panji politik berbeza- aku amat mengharapkan sesuatu daripada isu ini!
2) PPSMI- demonstrasi pelbagai pihak, komen sasterawan dan akhirnya kajian demi kajian. Aku sendiri pelik- perlukan kita berpatah balik selepas bertahun melaksanakan? Aku lebih cenderung dengan pendapat untuk memperkemas pelaksanaan PPSMI agar pelajar Melayu tidak terjejas. Dari aspek perjuangan bahasa, aku tidak fikir PPSMI merencatkan usaha memartabatkan bahasa.
3) Pemilihan UMNO- Pengumuman Lembaga Disiplin UMNO, perhimpunan UMNO minggu ini dan peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib. Aku amat amat mengharapkan akan wujud 'mass cleansing' dalam UMNO. Siapa pun, UMNO mahupun PAS, harapanku umat Melayu Islam Malaysia sedar siaga dengan senario semasa. Keterbelakangnya kita dari sudut ekonomi, kekurang-ajaran segolongan barbarian yang mempersoal Islam, serta trend mempersoal kontrak sosial negara kita.

Ya Allah, rahmati tanahair Malaysia.
Surah Al-Anbiyaa' ayat 107 tafsirnya:
"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Wallahua'lam

Wednesday, March 18, 2009

Salam Hari Lahir Mama

Salam,

Alhamdulillah, Salam Hari Lahir buat bonda tercinta, Mama.
Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki dalam keberkatan-Nya jua. Semoga sihat wal afiat dan bahagia bersama suami tercinta, anak-anak menantu dan cucu.

Insan yang tak pernah gagal mengejutkan aku bangun Subuh dari kecil hingga saat aku berkahwin dan bergelar suami. Insan yang mendidikku agar menjaga solat.

Ya Allah, kurniakan darjat yang tinggi baginya, Amin.

Allah dedikasikan ayat berikut di dalam Al-Quran khusus untuk menceritakan kemuliaan ibu bapa:

Surah Al-Isra'
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Ayat 23)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Ayat 24)

Wallahua'lam.

Tuesday, March 17, 2009

Betapa berhajatnya kita...


Salam,

Alhamdulillah, baik-baik semuanya.
Aku terfikir, dalam hatiku sering berdoa agar isteri dan anakku sihat, tak demam, tak selsema.
Selalu aku berharap, dalam ekonomi gawat ni harapnya karier tak terjejas. Sering aku mengimpikan dapat sambung belajar.
Sentiasa harap-harapkan jangan ada masalah besar yang tak mampu ditanggung.
Ayah dan mak, mertuaku moga-moga baik adanya. Adik dan iparku elok-elok semuanya.
Harap demi harap. Banyak lagi yang tak tersenarai di sini.
Akhirnya aku katakan pada diriku. Wah betapa berhajatnya kita pada-Nya.

Dan akhirnya aku dapat melihat kekerdilan diri. Ketewasan diri. Kelemahan diri.
Kemurahan Allah dan kealpaanku. Kecintaan Allah dan kelalaianku.

Alangkah! Betapa berhajatnya kita pada Allah...
Teringat sepotong nukilan Rasulullah S.A.W:
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, janganlah ia menzaliminya dan jangan pula membiarkannya dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. (HR. Bukhari).

Wallahua'lam