Salam,
Alhamdulillah, ada kesempatan singkat untuk berblog. Tiga topik utama yang menarik perhatian aku minggu lalu berkaitan Melayu:
1) TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang- pembentukan kerajaan campuran / perpaduan serta polemiknya. Perencanaan kesatuan Melayu Islam di bawah panji politik berbeza- aku amat mengharapkan sesuatu daripada isu ini!
2) PPSMI- demonstrasi pelbagai pihak, komen sasterawan dan akhirnya kajian demi kajian. Aku sendiri pelik- perlukan kita berpatah balik selepas bertahun melaksanakan? Aku lebih cenderung dengan pendapat untuk memperkemas pelaksanaan PPSMI agar pelajar Melayu tidak terjejas. Dari aspek perjuangan bahasa, aku tidak fikir PPSMI merencatkan usaha memartabatkan bahasa.
3) Pemilihan UMNO- Pengumuman Lembaga Disiplin UMNO, perhimpunan UMNO minggu ini dan peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib. Aku amat amat mengharapkan akan wujud 'mass cleansing' dalam UMNO. Siapa pun, UMNO mahupun PAS, harapanku umat Melayu Islam Malaysia sedar siaga dengan senario semasa. Keterbelakangnya kita dari sudut ekonomi, kekurang-ajaran segolongan barbarian yang mempersoal Islam, serta trend mempersoal kontrak sosial negara kita.
Ya Allah, rahmati tanahair Malaysia.
Surah Al-Anbiyaa' ayat 107 tafsirnya:
"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Wallahua'lam
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment