Tuesday, March 31, 2009

R.A.H.M.A.N menjadi kenyataan?

Salam,

Alhamdulillah, dapat blog malam ni.
Perhimpunan UMNO dah melabuhkan tirai dengan pelbagai drama- pemilihan kepimpinan UMNO yang baru, iltizam Presiden UMNO yang baru dan tumpuan kepada peralihan kuasa daripada DSAAB kepada DSNTR, khabarnya Jumaat ini, 3 April. Yang pastinya kemarahan dan kekecewaan ramai dengan kemenangan KJ (Hampes!).

Apa pun aku mendoakan semoga saf kepimpinan baru sentiasa mendapat (dan mencari) hidayah Allah, Amin.

Teringat aku teori RAHMAN yang popular satu ketika dulu:
R: Tunku Abdul Rahman
A: Tun Abdul Razak
H: Tun Hussein Onn
M: Tun Dr Mahathir Mohamad
A: Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (dulu ada menjangka Anwar Ibrahim)
N: Dato Seri Najib Tun Razak???

Jika sempurna peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib, lengkaplah teori ini.
Seterusnya, rakyat berdebar menantikan pengumuman saf kabinet baru Najib. Semoga saf yang dipilih lebih bersih insya Allah.

Teringat firman Allah:
26. Katakanlah: Wahai Rabb Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari orang yang engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. 3:26)
Surah Ali Imran, Ayat 26

Wallahua'lam

Monday, March 23, 2009

Melayu dan Malaysia

Salam,

Alhamdulillah, ada kesempatan singkat untuk berblog. Tiga topik utama yang menarik perhatian aku minggu lalu berkaitan Melayu:
1) TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang- pembentukan kerajaan campuran / perpaduan serta polemiknya. Perencanaan kesatuan Melayu Islam di bawah panji politik berbeza- aku amat mengharapkan sesuatu daripada isu ini!
2) PPSMI- demonstrasi pelbagai pihak, komen sasterawan dan akhirnya kajian demi kajian. Aku sendiri pelik- perlukan kita berpatah balik selepas bertahun melaksanakan? Aku lebih cenderung dengan pendapat untuk memperkemas pelaksanaan PPSMI agar pelajar Melayu tidak terjejas. Dari aspek perjuangan bahasa, aku tidak fikir PPSMI merencatkan usaha memartabatkan bahasa.
3) Pemilihan UMNO- Pengumuman Lembaga Disiplin UMNO, perhimpunan UMNO minggu ini dan peralihan kuasa kepada Dato Seri Najib. Aku amat amat mengharapkan akan wujud 'mass cleansing' dalam UMNO. Siapa pun, UMNO mahupun PAS, harapanku umat Melayu Islam Malaysia sedar siaga dengan senario semasa. Keterbelakangnya kita dari sudut ekonomi, kekurang-ajaran segolongan barbarian yang mempersoal Islam, serta trend mempersoal kontrak sosial negara kita.

Ya Allah, rahmati tanahair Malaysia.
Surah Al-Anbiyaa' ayat 107 tafsirnya:
"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Wallahua'lam

Wednesday, March 18, 2009

Salam Hari Lahir Mama

Salam,

Alhamdulillah, Salam Hari Lahir buat bonda tercinta, Mama.
Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki dalam keberkatan-Nya jua. Semoga sihat wal afiat dan bahagia bersama suami tercinta, anak-anak menantu dan cucu.

Insan yang tak pernah gagal mengejutkan aku bangun Subuh dari kecil hingga saat aku berkahwin dan bergelar suami. Insan yang mendidikku agar menjaga solat.

Ya Allah, kurniakan darjat yang tinggi baginya, Amin.

Allah dedikasikan ayat berikut di dalam Al-Quran khusus untuk menceritakan kemuliaan ibu bapa:

Surah Al-Isra'
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Ayat 23)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Ayat 24)

Wallahua'lam.

Tuesday, March 17, 2009

Betapa berhajatnya kita...


Salam,

Alhamdulillah, baik-baik semuanya.
Aku terfikir, dalam hatiku sering berdoa agar isteri dan anakku sihat, tak demam, tak selsema.
Selalu aku berharap, dalam ekonomi gawat ni harapnya karier tak terjejas. Sering aku mengimpikan dapat sambung belajar.
Sentiasa harap-harapkan jangan ada masalah besar yang tak mampu ditanggung.
Ayah dan mak, mertuaku moga-moga baik adanya. Adik dan iparku elok-elok semuanya.
Harap demi harap. Banyak lagi yang tak tersenarai di sini.
Akhirnya aku katakan pada diriku. Wah betapa berhajatnya kita pada-Nya.

Dan akhirnya aku dapat melihat kekerdilan diri. Ketewasan diri. Kelemahan diri.
Kemurahan Allah dan kealpaanku. Kecintaan Allah dan kelalaianku.

Alangkah! Betapa berhajatnya kita pada Allah...
Teringat sepotong nukilan Rasulullah S.A.W:
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, janganlah ia menzaliminya dan jangan pula membiarkannya dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. (HR. Bukhari).

Wallahua'lam